Monday, September 5, 2011

Aku Bukan Boneka!!

Kehidupan ini penuh dugaan dan cabaran...Setuju????

Jangan biarkan diri dan hidup kita dipermainkan seperti BONEKA!! Org lain yg mengawal diri kita bukan diri kita sendiri..Catatan yg lepas ada saya mengatakan bahawa keputusan dan kuasa tindakan adalah penting dalam hidup kita..Jadi jgn biarkan org lain yg mengawal diri kita dalam membuat sebarang keputusan.Sebabnya yg mengetahui dalaman masalah kita cuma diri kita dan sebarang keputusan melibatkan diri anda..

Apa yg perlu dilakukan???

Berhenti seketika ataupun berudur seketika...Berundur bukan mengaku KALAH..Tapi berundur seketika untuk menyusun semula langkah dan teruskan dengan langkah yg baru..pasti banyak perubahan dalam hidup anda..Saya juga ada masalah.Kadang kala temui jalan buntu dalam kehidupan,namun susun atur kembali langkah-langkah anda pasti temui satu keputusan yg berbeda...an dalam menyusun semua langkah anda perlu diiringi dengan keinginan kejayaan yg tinggi bukannya keinginan putus asa yg tinggi...

Aku lah Aku......Aku bukan BONEKA!!!




Kita bukan BONEKA, kita ada kehidupan dan masa depan sendiri yg kita corakkan..
Bangkitlah anak cucu ADAM,sesungunya ada kejayaan anda semua,dan anda perlu usahakan dalam mencari kebahagian dunia dan akirat..INSYA ALLAH.. Perpanjangkan coretan ini pada sahabat anda yg lain jika ianya sesuatu yg blh membantu anda dan sahabat yg lain..




Semakin berani melangkah.


Sentiasa berani melangkah untuk menjadi yg TERBAIK dan sentiasa berada di NO 1

Salam sahabat semua..Syukur alhamdulillah.Masih berpeluang saya menuliskan coretan ini kepada anda semua.Hanya ari ini ada sedikit perkongsian ilmu untuk anda semua..Kita kadang2 selalu alpa,lupa ataupun xsedar yang keinginan kita melebihi kemampuan kita.Apapun itu juga satu langkah yg TERBAIK kerana jika keinginan kita melebihi kemampuan kita sudah pastinya kita akan lbh berusaha untuk memilikinya walaupun dengan apa cara sekalipun.dan anda sentiasa letakkan segala yg anda impikan berada di NO1.Namun dalam mengejar segala impian jgn dilupa yg NO 1  iaitu beriman kepada ALLAH S.W.T.

Kita sememangnya dilahirkan untuk sentiasa berada di NO 1 cuma pada hari ini anda semua mahu ataupun tidak..itulah persalan yg ada dalam diri anda semua samada anda MAHU atau TIDAK!!!! Itulah sering bermain di minda anda..sedangkan segalanya telah terbukti di depan mata anda.So apa paling penting dalam kehidupan kita adalah pilihan yg ada dalam hidup kita dan kuasa tindakan membuat pilihan jauh lbh penting dari peluang yg ada dalam kehidupan.barulah jadi nya yg TERBAIK dan sentiasa berada di NO 1.

Pilihan Dan Tindakkan menentukan masa depan anda..Insya Allah pasti ada jalan.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..Dan anda semua dilahirkan memg luar biasa hebatnya..Pasti kejayaan menanti anda dunia dan akirat..INSYA ALLAH...