Monday, September 5, 2011

Aku Bukan Boneka!!

Kehidupan ini penuh dugaan dan cabaran...Setuju????

Jangan biarkan diri dan hidup kita dipermainkan seperti BONEKA!! Org lain yg mengawal diri kita bukan diri kita sendiri..Catatan yg lepas ada saya mengatakan bahawa keputusan dan kuasa tindakan adalah penting dalam hidup kita..Jadi jgn biarkan org lain yg mengawal diri kita dalam membuat sebarang keputusan.Sebabnya yg mengetahui dalaman masalah kita cuma diri kita dan sebarang keputusan melibatkan diri anda..

Apa yg perlu dilakukan???

Berhenti seketika ataupun berudur seketika...Berundur bukan mengaku KALAH..Tapi berundur seketika untuk menyusun semula langkah dan teruskan dengan langkah yg baru..pasti banyak perubahan dalam hidup anda..Saya juga ada masalah.Kadang kala temui jalan buntu dalam kehidupan,namun susun atur kembali langkah-langkah anda pasti temui satu keputusan yg berbeda...an dalam menyusun semua langkah anda perlu diiringi dengan keinginan kejayaan yg tinggi bukannya keinginan putus asa yg tinggi...

Aku lah Aku......Aku bukan BONEKA!!!




Kita bukan BONEKA, kita ada kehidupan dan masa depan sendiri yg kita corakkan..
Bangkitlah anak cucu ADAM,sesungunya ada kejayaan anda semua,dan anda perlu usahakan dalam mencari kebahagian dunia dan akirat..INSYA ALLAH.. Perpanjangkan coretan ini pada sahabat anda yg lain jika ianya sesuatu yg blh membantu anda dan sahabat yg lain..




Semakin berani melangkah.


Sentiasa berani melangkah untuk menjadi yg TERBAIK dan sentiasa berada di NO 1

Salam sahabat semua..Syukur alhamdulillah.Masih berpeluang saya menuliskan coretan ini kepada anda semua.Hanya ari ini ada sedikit perkongsian ilmu untuk anda semua..Kita kadang2 selalu alpa,lupa ataupun xsedar yang keinginan kita melebihi kemampuan kita.Apapun itu juga satu langkah yg TERBAIK kerana jika keinginan kita melebihi kemampuan kita sudah pastinya kita akan lbh berusaha untuk memilikinya walaupun dengan apa cara sekalipun.dan anda sentiasa letakkan segala yg anda impikan berada di NO1.Namun dalam mengejar segala impian jgn dilupa yg NO 1  iaitu beriman kepada ALLAH S.W.T.

Kita sememangnya dilahirkan untuk sentiasa berada di NO 1 cuma pada hari ini anda semua mahu ataupun tidak..itulah persalan yg ada dalam diri anda semua samada anda MAHU atau TIDAK!!!! Itulah sering bermain di minda anda..sedangkan segalanya telah terbukti di depan mata anda.So apa paling penting dalam kehidupan kita adalah pilihan yg ada dalam hidup kita dan kuasa tindakan membuat pilihan jauh lbh penting dari peluang yg ada dalam kehidupan.barulah jadi nya yg TERBAIK dan sentiasa berada di NO 1.

Pilihan Dan Tindakkan menentukan masa depan anda..Insya Allah pasti ada jalan.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..Dan anda semua dilahirkan memg luar biasa hebatnya..Pasti kejayaan menanti anda dunia dan akirat..INSYA ALLAH...

Friday, April 8, 2011

Again and Again and Again..

Salam Juara!!!!
Alhamdulillah..syukur pertemu kita kembali pada hari ini...banyk perkongsian ilmu untuk semua sahabat saya yang berada satu malaysia...Mari kita renungkan perjalanan kita yg hari ini cukup sempurna sifatnya.Tetapi adakah kita SUDAH, MASIH, BERPUTUS ASA dalam apa yang kita usahakan sekarang demi mencapai satu impian dan matlamat???itu persoalan dalam hidup kita yang sentiasa menjadi tembok besar dalam menghalang apa yang kita impikan..Dilahirkan manusia di muka bumi ini berperasaan,berkeinginan,MAHU atau TIDAK MAHU..
 Sahabat,jika anda gagal hari ini,jatuh tersungkur berlumuran darah sekalipun jangan sekali-kali berhenti untuk mencapai impian anda..Teruskan LAGI dan LAGI dan LAGI.Masih ada ramai sahabat yang sudi membantu anda untuk berjaya..Renungkan sahabat semua.Kita dilahirkan untuk berjaya dunia dan akhirat.Bersamalah dengan mereka yang berjaya dan mentor anda dalam kehidupan,kewangan,kaunseling dan lln...So apa yang penting ialah AGAIN and AGAIN and AGAIN....(Sambil muhasabah diri sendiri)

Sunday, April 3, 2011

Success only who never stop persuing their dream.

As,salamualaikum....
Kembali semula berwarkah di sini....alhamdulllah dapat berkongsi sedikit ilmu pengetahuan untuk anda semua...

Tips-tips untuk anda semua..
1.Angkat benda seringan-ringan yang ada di sekitar anda dan angkat barang itu selama 10minit..
   Cth: kertas,pen,dan lln...

Nampak mudah kan mungkin hanya menjunjung sehelai kertas atau pen selama 10minit..cuba anda lakukan selama 10 minit...pasti terasa kepenatan menjunjung selama 10 minit di lengan anda..HEBATKAN walaupun benda itu tidak sampai 500grm beratnya...So apa yg ingin sy kongsikan di sini ialah jgn memandang/menilai sesuatu sebelum melakukan nya.jika melakukannya baru tahu senang atau susah sesuatu perkara..tetapi tanpa tekanan untuk anda pasti tiada kejayaan..Sama juga dalam kehidupan kita pada hari ini.Jangan memandang remeh sesuatu perkara dalam kehidupan kita.Jangan memandang enteng/menolak segala peluang yanga ada di depan mata anda(cth perniagaan,pelaburan,kerja dan lln)Sebaliknya anda perlu melihat sesuatu itu dahulu br menilai baik dan buruk sesuatu peluang yang ada di depan mata..Siapa tahu dari sekecil-kecil peluang itu mampu merubah keseluruhan hidup anda..disamping itu sy mengingatkan diri saya juga..Jangan malu untuk bertanya dan terlus melakukan untuk berjaya...Syukur Alhamdulillah,dengan apa yg saya dan sahabat-sahabat saya sama2 berjuang dalam mencapai impian moga perjalanan kami diberkati dan dirahmati ALLAH...Amin.....

Friday, April 1, 2011

Matlamat Kehidupan

Saya biasa ditanya soalan-soalan cepu emas begini :
"Kalau saya ada RM30,000, apa yang boleh saya lakukan?".
"Bagaimana saya mahu melabur yang boleh memberikan pulangan sekitar 20-30% setahun?".
"Bagaimana saya boleh melangsaikan hutang saya lebih awal dari sepatutnya?".
"Bagaimana saya boleh menjadi jutawan?".
"Bagaimana saya mahu menggandakan simpanan dalam masa yang singkat?".
"Bagaimana saya boleh melabur dengan risiko yang kurang?".
"Apakah pelaburan yang sesuai untuk saya?".
"Bagaimana saya boleh mulakan pelaburan emas?".
"Bagaimana saya boleh dapatkan pendapatan tambahan?".
"Apakah biz yang paling baik untuk saya ceburi?".
"Perlukah saya selesaikan hutang saya atau menyimpan?".
Ibarat Doktor
Ibarat doktor. Jika mahu diberi ubat, mestilah diketahui apa penyakitnya. Kadar apa sakitnya. Ada atau tidak alahan. Mesti membuat rawatan susulan atau tidak. Ada sebarang pantang makan atau tidak. Itu belum lagi ditambah petua turun menurun.
Dalam sesi pembelajaran bersama saya, saya amat mementingkan penulisan matlamat. Matlamat hidup dan matlamat kewangan. Maka apabila setiap penyakit ada ubat, begitu jugalah halnya dengan masalah kewangan. InsyaAllah ada jalannya!
Maka jika mahu ditanyakan soalan di atas kepada mentor kewangan anda, sertakan sekali apa yang kamu mahu capai. Contohnya :
1. Saya mahu selesaikan hutang tertunggak kredit kad saya yang berjumlah RM15000 dalam tempoh 3 tahun. Apa boleh saya buat?
2. Saya mahu menunaikan haji pada tahun 2012 dengan menggunakan khidmat haji swasta dengan kos RM30000. Apakah pelaburan yang sesuai dengan matlamat saya itu?
3. Saya ada empat orang anak yang sedang membesar, saya amat perlukan sebuah MPV. Saya berhajat untuk membeli sebuah Toyota Wish pada tahun 2013. Bagaimana saya boleh menambah kewangan saya untuk menjayakan matlamat tersebut?
4. Saya mahu kahwin akhir tahun ini (Disember 2011). Apakah cara paling cepat untuk saya kumpulkan simpanan selain membuat pinjaman peribadi?
5. Saya mahu bersara dalam tempoh 15 tahun lagi. Apakah yang perlu saya mulakan sekarang? 

Tuesday, December 21, 2010

20 Amalan dimurahkan rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1.  Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”

2.  Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

5.  Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.  
15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.  
18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).”
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Amalkan dan percaya tentang balasan ALLAH S.W.T kepada kamu...
setiap yang baik akan dibalas dengan kebaikan..

Berjaya...

Apakah yg di maksudkan dengan berjaya???
Adakah anda hari ini berjaya??

Sebenarnya hari ini anda sudah pun berjaya..Kenapa saya kata begitu kerana susah,senang,berjaya,gagal dalam kehidupan anda hari ini itu cuma perjalanan anda...Kejayaan anda hari ini terletak dalam minda anda..Jika anda memikirkan hari ini anda berjaya,anda telah pun berjaya,tetapi jika anda berfikir tenteng kegagalan,anda telah pun gagal...Mari kita sama-sama renungkan kembali,adakah hari ini kita berfikir n focus pada masalah atau cara penyelesaian masalah???

Sahabat-sahabat ku semua..fikirkan kejayaan anda hari ini,jika terlalu fikirkan kegagalan sebelum mencuba sesuatu anda telah pun gagal sebelum bermula.percayalah pada kuasa minda anda..Jika anda fikirkan kejayaan dalam hidup anda,pasti apa yang anda lakukan pasti berjaya..Lebih manis lagi kejayaan anda diraikan dengan org tersayang..Tarikan kejayaan dalam pemikiran anda...Tiada yang mustahil dalam kehidupan kita hari ini sahabat semua...

Kejayaan anda hari in anda yang tentukan,Apa yang saya mampu kongsikan adalah sedikit ilmu dari maha pencipta yang tiada tolak banding nya..Yang baik nya datang dari AllAH S.W.T...Yang buruknya datang dr kesilapan saya sendiri...Hanya sekadar perkongsian ilmu dan renungan untuk kita pada hari ini..