Monday, September 5, 2011

Aku Bukan Boneka!!

Kehidupan ini penuh dugaan dan cabaran...Setuju????

Jangan biarkan diri dan hidup kita dipermainkan seperti BONEKA!! Org lain yg mengawal diri kita bukan diri kita sendiri..Catatan yg lepas ada saya mengatakan bahawa keputusan dan kuasa tindakan adalah penting dalam hidup kita..Jadi jgn biarkan org lain yg mengawal diri kita dalam membuat sebarang keputusan.Sebabnya yg mengetahui dalaman masalah kita cuma diri kita dan sebarang keputusan melibatkan diri anda..

Apa yg perlu dilakukan???

Berhenti seketika ataupun berudur seketika...Berundur bukan mengaku KALAH..Tapi berundur seketika untuk menyusun semula langkah dan teruskan dengan langkah yg baru..pasti banyak perubahan dalam hidup anda..Saya juga ada masalah.Kadang kala temui jalan buntu dalam kehidupan,namun susun atur kembali langkah-langkah anda pasti temui satu keputusan yg berbeda...an dalam menyusun semua langkah anda perlu diiringi dengan keinginan kejayaan yg tinggi bukannya keinginan putus asa yg tinggi...

Aku lah Aku......Aku bukan BONEKA!!!




Kita bukan BONEKA, kita ada kehidupan dan masa depan sendiri yg kita corakkan..
Bangkitlah anak cucu ADAM,sesungunya ada kejayaan anda semua,dan anda perlu usahakan dalam mencari kebahagian dunia dan akirat..INSYA ALLAH.. Perpanjangkan coretan ini pada sahabat anda yg lain jika ianya sesuatu yg blh membantu anda dan sahabat yg lain..




Semakin berani melangkah.


Sentiasa berani melangkah untuk menjadi yg TERBAIK dan sentiasa berada di NO 1

Salam sahabat semua..Syukur alhamdulillah.Masih berpeluang saya menuliskan coretan ini kepada anda semua.Hanya ari ini ada sedikit perkongsian ilmu untuk anda semua..Kita kadang2 selalu alpa,lupa ataupun xsedar yang keinginan kita melebihi kemampuan kita.Apapun itu juga satu langkah yg TERBAIK kerana jika keinginan kita melebihi kemampuan kita sudah pastinya kita akan lbh berusaha untuk memilikinya walaupun dengan apa cara sekalipun.dan anda sentiasa letakkan segala yg anda impikan berada di NO1.Namun dalam mengejar segala impian jgn dilupa yg NO 1  iaitu beriman kepada ALLAH S.W.T.

Kita sememangnya dilahirkan untuk sentiasa berada di NO 1 cuma pada hari ini anda semua mahu ataupun tidak..itulah persalan yg ada dalam diri anda semua samada anda MAHU atau TIDAK!!!! Itulah sering bermain di minda anda..sedangkan segalanya telah terbukti di depan mata anda.So apa paling penting dalam kehidupan kita adalah pilihan yg ada dalam hidup kita dan kuasa tindakan membuat pilihan jauh lbh penting dari peluang yg ada dalam kehidupan.barulah jadi nya yg TERBAIK dan sentiasa berada di NO 1.

Pilihan Dan Tindakkan menentukan masa depan anda..Insya Allah pasti ada jalan.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..Dan anda semua dilahirkan memg luar biasa hebatnya..Pasti kejayaan menanti anda dunia dan akirat..INSYA ALLAH...

Friday, April 8, 2011

Again and Again and Again..

Salam Juara!!!!
Alhamdulillah..syukur pertemu kita kembali pada hari ini...banyk perkongsian ilmu untuk semua sahabat saya yang berada satu malaysia...Mari kita renungkan perjalanan kita yg hari ini cukup sempurna sifatnya.Tetapi adakah kita SUDAH, MASIH, BERPUTUS ASA dalam apa yang kita usahakan sekarang demi mencapai satu impian dan matlamat???itu persoalan dalam hidup kita yang sentiasa menjadi tembok besar dalam menghalang apa yang kita impikan..Dilahirkan manusia di muka bumi ini berperasaan,berkeinginan,MAHU atau TIDAK MAHU..
 Sahabat,jika anda gagal hari ini,jatuh tersungkur berlumuran darah sekalipun jangan sekali-kali berhenti untuk mencapai impian anda..Teruskan LAGI dan LAGI dan LAGI.Masih ada ramai sahabat yang sudi membantu anda untuk berjaya..Renungkan sahabat semua.Kita dilahirkan untuk berjaya dunia dan akhirat.Bersamalah dengan mereka yang berjaya dan mentor anda dalam kehidupan,kewangan,kaunseling dan lln...So apa yang penting ialah AGAIN and AGAIN and AGAIN....(Sambil muhasabah diri sendiri)

Sunday, April 3, 2011

Success only who never stop persuing their dream.

As,salamualaikum....
Kembali semula berwarkah di sini....alhamdulllah dapat berkongsi sedikit ilmu pengetahuan untuk anda semua...

Tips-tips untuk anda semua..
1.Angkat benda seringan-ringan yang ada di sekitar anda dan angkat barang itu selama 10minit..
   Cth: kertas,pen,dan lln...

Nampak mudah kan mungkin hanya menjunjung sehelai kertas atau pen selama 10minit..cuba anda lakukan selama 10 minit...pasti terasa kepenatan menjunjung selama 10 minit di lengan anda..HEBATKAN walaupun benda itu tidak sampai 500grm beratnya...So apa yg ingin sy kongsikan di sini ialah jgn memandang/menilai sesuatu sebelum melakukan nya.jika melakukannya baru tahu senang atau susah sesuatu perkara..tetapi tanpa tekanan untuk anda pasti tiada kejayaan..Sama juga dalam kehidupan kita pada hari ini.Jangan memandang remeh sesuatu perkara dalam kehidupan kita.Jangan memandang enteng/menolak segala peluang yanga ada di depan mata anda(cth perniagaan,pelaburan,kerja dan lln)Sebaliknya anda perlu melihat sesuatu itu dahulu br menilai baik dan buruk sesuatu peluang yang ada di depan mata..Siapa tahu dari sekecil-kecil peluang itu mampu merubah keseluruhan hidup anda..disamping itu sy mengingatkan diri saya juga..Jangan malu untuk bertanya dan terlus melakukan untuk berjaya...Syukur Alhamdulillah,dengan apa yg saya dan sahabat-sahabat saya sama2 berjuang dalam mencapai impian moga perjalanan kami diberkati dan dirahmati ALLAH...Amin.....

Friday, April 1, 2011

Matlamat Kehidupan

Saya biasa ditanya soalan-soalan cepu emas begini :
"Kalau saya ada RM30,000, apa yang boleh saya lakukan?".
"Bagaimana saya mahu melabur yang boleh memberikan pulangan sekitar 20-30% setahun?".
"Bagaimana saya boleh melangsaikan hutang saya lebih awal dari sepatutnya?".
"Bagaimana saya boleh menjadi jutawan?".
"Bagaimana saya mahu menggandakan simpanan dalam masa yang singkat?".
"Bagaimana saya boleh melabur dengan risiko yang kurang?".
"Apakah pelaburan yang sesuai untuk saya?".
"Bagaimana saya boleh mulakan pelaburan emas?".
"Bagaimana saya boleh dapatkan pendapatan tambahan?".
"Apakah biz yang paling baik untuk saya ceburi?".
"Perlukah saya selesaikan hutang saya atau menyimpan?".
Ibarat Doktor
Ibarat doktor. Jika mahu diberi ubat, mestilah diketahui apa penyakitnya. Kadar apa sakitnya. Ada atau tidak alahan. Mesti membuat rawatan susulan atau tidak. Ada sebarang pantang makan atau tidak. Itu belum lagi ditambah petua turun menurun.
Dalam sesi pembelajaran bersama saya, saya amat mementingkan penulisan matlamat. Matlamat hidup dan matlamat kewangan. Maka apabila setiap penyakit ada ubat, begitu jugalah halnya dengan masalah kewangan. InsyaAllah ada jalannya!
Maka jika mahu ditanyakan soalan di atas kepada mentor kewangan anda, sertakan sekali apa yang kamu mahu capai. Contohnya :
1. Saya mahu selesaikan hutang tertunggak kredit kad saya yang berjumlah RM15000 dalam tempoh 3 tahun. Apa boleh saya buat?
2. Saya mahu menunaikan haji pada tahun 2012 dengan menggunakan khidmat haji swasta dengan kos RM30000. Apakah pelaburan yang sesuai dengan matlamat saya itu?
3. Saya ada empat orang anak yang sedang membesar, saya amat perlukan sebuah MPV. Saya berhajat untuk membeli sebuah Toyota Wish pada tahun 2013. Bagaimana saya boleh menambah kewangan saya untuk menjayakan matlamat tersebut?
4. Saya mahu kahwin akhir tahun ini (Disember 2011). Apakah cara paling cepat untuk saya kumpulkan simpanan selain membuat pinjaman peribadi?
5. Saya mahu bersara dalam tempoh 15 tahun lagi. Apakah yang perlu saya mulakan sekarang?