Friday, April 1, 2011

Matlamat Kehidupan

Saya biasa ditanya soalan-soalan cepu emas begini :
"Kalau saya ada RM30,000, apa yang boleh saya lakukan?".
"Bagaimana saya mahu melabur yang boleh memberikan pulangan sekitar 20-30% setahun?".
"Bagaimana saya boleh melangsaikan hutang saya lebih awal dari sepatutnya?".
"Bagaimana saya boleh menjadi jutawan?".
"Bagaimana saya mahu menggandakan simpanan dalam masa yang singkat?".
"Bagaimana saya boleh melabur dengan risiko yang kurang?".
"Apakah pelaburan yang sesuai untuk saya?".
"Bagaimana saya boleh mulakan pelaburan emas?".
"Bagaimana saya boleh dapatkan pendapatan tambahan?".
"Apakah biz yang paling baik untuk saya ceburi?".
"Perlukah saya selesaikan hutang saya atau menyimpan?".
Ibarat Doktor
Ibarat doktor. Jika mahu diberi ubat, mestilah diketahui apa penyakitnya. Kadar apa sakitnya. Ada atau tidak alahan. Mesti membuat rawatan susulan atau tidak. Ada sebarang pantang makan atau tidak. Itu belum lagi ditambah petua turun menurun.
Dalam sesi pembelajaran bersama saya, saya amat mementingkan penulisan matlamat. Matlamat hidup dan matlamat kewangan. Maka apabila setiap penyakit ada ubat, begitu jugalah halnya dengan masalah kewangan. InsyaAllah ada jalannya!
Maka jika mahu ditanyakan soalan di atas kepada mentor kewangan anda, sertakan sekali apa yang kamu mahu capai. Contohnya :
1. Saya mahu selesaikan hutang tertunggak kredit kad saya yang berjumlah RM15000 dalam tempoh 3 tahun. Apa boleh saya buat?
2. Saya mahu menunaikan haji pada tahun 2012 dengan menggunakan khidmat haji swasta dengan kos RM30000. Apakah pelaburan yang sesuai dengan matlamat saya itu?
3. Saya ada empat orang anak yang sedang membesar, saya amat perlukan sebuah MPV. Saya berhajat untuk membeli sebuah Toyota Wish pada tahun 2013. Bagaimana saya boleh menambah kewangan saya untuk menjayakan matlamat tersebut?
4. Saya mahu kahwin akhir tahun ini (Disember 2011). Apakah cara paling cepat untuk saya kumpulkan simpanan selain membuat pinjaman peribadi?
5. Saya mahu bersara dalam tempoh 15 tahun lagi. Apakah yang perlu saya mulakan sekarang? 

No comments:

Post a Comment